Pengalaman Mereka Jual Burger. Oleh kerana admin selalu balik kampung dan selalu lepak kedai Jual Burger berhadapan dengan rumah admin. Selalu juga dapat diskaun bila beli burger, maklum la yang jual burger itu sepupu aku..haha. Sekarang ini masuk tahun ke berapa sudah beliau jual burger, nampaknya keuntungannya pun dah berganda-ganda. Dulu, masa mula-mula buka kedai burger, hampir setahun slow saja keuntungannya..
Pengalaman Mereka Jual Burger
Masa itu admin pernah tanya dia, "berapa yang beliau dapat semalaman". Tak banyak, kalau hari biasa dalam 70 atau 80 ringgit. Hari minggu dapat dalam 100 ringgit lebih. Sambil-sambil sembang dapat pula burger free..hehe..
Tapi nampak beliau happy saja, mungkin bekerja sendiri kot. Tak stress dengan bos yang selalu push dari belakang, dia bos dan dia la kuli. Apa yang admin suka, disiplin dia dalam berniaga. Sentiasa buka kedai burger tepat pada masanya dan setiap hari kedai dia beroperasi, jarang sangat tutup..
Kedainya biasa jer, macam di pasar malam. Burgernya memang sedap dan harganya murah sikit dari tempat lain. Sebab tu sekarang ini ramai jer pelangannya..
Itu kisah dulu la..
Kisah Mereka Berniaga Burger
Dan ini kisah yang di kongsikan oleh Kak Zakie, owner blog Titisan Nurani. Sebelum ini admin ada terbitkan artikel tentang Bisnes Burger. Beliau meninggalkan komen dan dapat la aku kongsikan bersama pembaca..
Kakak nak cerita panjang sikit sebagai peransang. Driver lori tempat kakak ni gajinya cuma RM2300/- anak tiga isteri tak kerja. Tapi mereka bijak. Isteri dia tiap hari buat karipap dan nasi lemak masuk bekas transparent tu tiap pagi hantar restoran cina. Laku sebab org cina suka nasi lemak dia. Pandai kan
Driver kakak ni malam dia jual burger. Dulu memula satu malam dia cuma dpt 50-70 ringgit aje. Tapi masuk tahun ke dua dia boleh dapat 300-400 sebulan. Sekarang ni dia boleh dapat 2000-3000 sebulan. Tapi dah ada seorang pembantu dan isterinya juga kadang-kadang. Lokasi cantik tempat tumpuan org dan sedap. SO jgn takut org sekarang ramai yg malas masak, nak senang beli burger. Boleh cuba tapi jgn tinggalkan kerja. Buat malam aje..
Dah baca ke kisahnya ? Dua-duanya suka berniaga dan perniagaan yang dipilih ialah bisnes burger. Modalnya tak besar dan pulangannya berlipat kali ganda. Mereka dah dapat pulangan yang setimpal dengan usahanya..
Kalau korang minat berniaga dan pilihan korang ialah bisnes burger. Mesti korang search google cari maklumat secukupnya untuk memulakan bisnes. Panduan mulakan bisnes burger secara detail telah menerangkan langkah-langkah yang harus dilakukan supaya bisnes korang maju..
0 Komentar untuk "Pengalaman Mereka Jual Burger"